| Thursday, 31-Mar-2005 00:00 |
|
Lumba Foto MAC 2005 | SAYANG
|
|
TEMA LUMBA FOTO, MAC: SAYANG
SAYANG mempunyai makna yang luas, dan makna sayang tersebut bergantung pada setiap individu, latarbelakang hidup, budaya, persekitaran. Mungkin perkataan sayang tersebut boleh diterjemahkan sebagai kasih sayang ibu dan anak, ayah dan anak, pasangan suami isteri, nenek/datuk dengan cucu, ahli keluarga bahagia, terhadap haiwan peliharaan (pets), pasangan kekasih (dalam batasan yg sepatutnya), antara sahabat/kawan/best friend, pada hartabenda (kereta/motor/kamera/dll)...
"Picture worth a thousand words"
Apakah makna SAYANG tersebut pada diri anda. Terjemahkan makna SAYANG tersebut dalam bentuk gambar/imej dan biarlah hasil kerja anda yang berbicara.
PEMENANG LUMBA FOTO, MAC: SAYANG
Saya teramat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengadili Lumba Foto kali ini.
Mencari makna sayang dalam foto tidaklah semudah mencari foto yang tercantik. Setiap penyertaan mampu menggambarkan 1001 makna sayang.
Dan saya mengambil masa yang lama untuk memilih setiap foto.
Benar, setiap foto yang dihantar mengandungi mesej sayang oleh si pengambilnya.
Namun demikian, saya membuat keputusan memilih pemenang melalui sayang yang dapat saya rasakan pada foto tersebut, selain dari ciri-ciri keunikkan gambar, komposisi, pencahayaan, sudut penggambaran, kejelasan (sharpness) yang ada pada setiap penyertaan.
- Hakim : Amyz
Berikut adalah 3 foto terbaik yang berjaya memaparkan makna SAYANG.. :-
Tajuk : Dakap Hangat
Ulasan Hakim :
Pandangan mata seorang ibu terhadap bayi yang baru dilahirkan jelas menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang tidak berbelah-bagi kepada anaknya.
Tajuk : Ciuman Kasih
Ulasan Hakim :
Foto ini berjaya menggambarkan kasih suami terhadap isteri serta senyuman bahagia si isteri menggambarkan sayang yang tidak berbelah bahagi. Semoga berbahagia ke akhir waktu.
Tajuk : Anak
Ulasan Hakim :
Foto ini juga berjaya menggambarkan kasih sayang bapa kepada anaknya. Si anak juga dapat menggambarkan kegembiraan atas kasih-sayang ayah yang tidak berbelah bahagi.
|